Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel Tutorial

Wednesday, May 8, 2013

I am officially ex student of Kolej Matrikulasi Perlis

Assalamualaikum and salam sejahtera semua pembaca setia blog atok , ( macam ada je org bace? ) haa , maafla, sebab lama gile kan atok tak update blog ni, ish, janggalnya panggil atok, tak pe la, panggil mira ye? pape pon, terima kasih sebab sudi bace entry kali ni, sayang sikit, muahh ! ahaks !



 

 Haa, mesti ramai tahu kan yang mira sambung my study kat Kolej Matrikulasi Perlis, ye la, sebelom masok mira pernah update kan, haa! jangan buat2 lupe ok! muahaha. Actually, tujuan update blog kali ni nak menceritakan semua pengalaman semasa kat Kolej Matrikulasi Perlis ( KMP ). Sebelom nak mulakan cerita, ada tak adik adik yang dapat kat KMP? kalau ade, jangan lupe tinggalkan komen di bawah entry ni ye? ok! now lets start the journey! acewah, melebih lebih. haha. Seperti yang semua tahu, pada tanggal 28 Mei 2012, aku ( tukar ganti nama kepada ganti nama pertama ) telah dihantarkan ke KMP untuk sambung belajar. Pergh! wa cakap lu, mase mula mula dapat tahu aku akan pergi ke KMP, aku rase happy gila kot, mana taknya, sebab aku ni jenis yang kaki jalan, bila dapat jaoh, memang best la kan. 3 hari sebelom masuk KMP aku dah sampai kat Negeri Perlis, aman je mula mula sampai. Bangunan tinggi tinggi? susah sangat nak jumpa, tak macam kat KL, merata bangunan pencakar langit. Bile sampai hari yang dinantikan, awal awal pagi dah gerak ke KMP sebab tak nak dapat no lambat. Aku ingt lagi, mase tu abah parking dekat padang sebelah blok C3. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, senang je nak daftar, tak de la lame sangat proses nak mendaftar. Thanks to alumni alumni KMP yg jadi AJKO mase tu. Bulan bulan pertama kat sana, macam macam aku lalui, susah nak ngam dengan roomates la, but kawan dalam kelas senang je aku dapat. Phuhhh naseb!!! Sem pertama everything ok. tak dak pa yang perlu dirisukan. Bila sampai sem 2, banyak sangat dugaan buat aku, tapi Alhamdulillah syukur, semua ujian tu buat kan aku jadi lebih kuat and matang. Yes! Payah cek nak habaq, suasana kat sana semua nya best, tempat dia lawa, syok la senang cerita. Jujur aku cakap mase nak dekat study week tu memang aku rasa sedih sebab nanti dah tak dapat nak menggila dengan the family. Sedih sangat. Tapi naseb la dah memang jadi trend semua kelas akan buat gathering sebelom berpisah. Fuhh, dapat jugak jumpa ahli ahli kelas yang gila gila tu. Mase gathering tu, siap buat main tukar tukar hadiah lagi. Rindunye time tu. 

S T U D Y W E E K 

Time study week tu memang tak payah tanya kenapa la kan, memang rutin hidup aku dah jadi terbalik, malam berjaga, siang membuta. Penat sangat that time! tapi dalam mase study week tu jugak best sebab kenal dengan kawan baru. Study week biasanya seminggu je, so, habis je study week, mula lah perjuangan para para pelajar matrik, dan bermulalah Final exam, cuak kot! Alhamdulillah, everything berjalan lancar. Pada tanggal 30 April 2013, maka lepas lah tanggungjawab aku sebagai pelajar KMP. Sebelom gerak balik ke Puchong, aku sempat singgah ke rumah keluarga Perlis. Sepanjang setahun aku kat Perlis, banyak sangat kenangan yang tercipta, dan tak mungkin aku akan lupakan semua kenangan kat sana, kenangan bersama kawan kawan, terima kasih semua atas memori indah ini. Btw, doakan result aku ye? thanks again sebab sudi bace :*

 
 with sir Amri, Sir memang rock habis la sir ! 

 


 yang ni pulak dari family perlis, terima kasih :*

 
 bersama datin pengarah, Datin Hajah azuyah :)



terima kasih membaca , komen pulak jom ?

1 00 cucu kene bebel:

Jia Rizaira said...

lorh berjiran rupenye kite. sy student degree uitm perlis.

© MIRAHASHIME ♥