Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel Tutorial

Tuesday, September 27, 2011

kaum Adam , bace nie kalau korang rase korang kaum adam , kaum hawa pon boleh baca juga ok , selamat beramal


Assalamualaikum semua , salam sejahtera and salam blogger , huh ! hari ni aku nak jadi baik la , nak ingat mengingati , ye la , dunia akhir zaman ni , macam macam boleh jadi , so , kite kena la saling ingat mengingati right ? maybe ade yang dah tahu pasal ni , tapi aku still nak share jugak , ye la , mane la tahu , ade 1 orang nie tak tahu , bile die dapat tahu , die cerita kat 1 kawan dye , kan dah bertambah tu ? HAHAH , ok , kalau korang nak cakap aku nie berlagak ALIM ke , ape ke , ade aku kesah , yang penting aku dah sampaikan satu bende baik kat orang lain :) 

korang semua nak tahu tak , dekat akhirat nanti akan ade 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke NERAKA , nak tahu tak golongan lelaki yang macam mane akan ditarik ? jom bace lagi kat bawah nie ...




1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & mengaji ?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


dah bace ? see , memang senang nak jadi LELAKI tapi bukan senang nak jadi lelaki yang sempurna , untuk perempuan pulak , jangan la selalu mengharap dekat lelaki untuk tegur kita , sebenarnye , semua ni boleh kite elakkan jika ada kesedaran dalam diri masing masing , tapi malangnye , dunia hari ni , kemewahan dunia lebih penting dari ajran agama , ye , aku tau , aku pon tak sempurna and semua orang tak sempurna tapi kite boleh baiki KELEMAHAN yang kita ade kan ? kenapa nak tangguh lame lame ? contohnya , tutup aurat , ramai yang bagi alasan , " belum dapat hidayah " , " muda lagi , tua nanti aku pakai la tudung " , " pakai tudung tapi tak ikhlas buat ape " and macam macam lagi , cube korang bayangkan , sementara korang nak tunggu  "hidayah " tu sampai kat korang , tetibe ajal korang sampai , kan tak sempat nak taubat , ingat , ajal maut tak kire umur , semua orang akan hadapi kematian , cume cepat lambat je , so , sementara ade waktu , ape kata , insaf and taubat la , mungkin ramai yang tak nak pakai tudung sebab alasan " PANAS " , ingat ! biar panas kat dunia , jangan panas kat akhirat nanti , ok la , tu je yang aku nak sampaikan , kalau korang nak kutuk aku cakap bajet baik ke , ustazah ke , ALHAMDULILLAH je la aku boleh cakap :) assalamualaikum semua <3



 Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

credit : credit 

terima kasih membaca , komen pulak jom ?

2 00 cucu kene bebel:

era kecik said...

err.. takutnye.. walaupun saye ni perempuan :)

© MIRAHASHIME ♥