Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel Tutorial

Wednesday, April 27, 2011

akhirnya , atok jumpa siapa atok sebenarnya !

assalamualaikum semua . Rasanya mira belom pernah buat entry then cerita pe yang jadi dalam sepanjang hari mira kan ? Hurm , apa kate hari ni mira cerita kan apa yang terjadi satu hari ni . Korang semua pon tahu kan mira masih lagi sekolah so , pagi-pagi lagi sebenarnya mira dah MALAS nak pergi sekolah . Bukan apa ,  pagi tadi hujan lebat tu , so , orang cakap , tidur mase hujan best tau ! tapi nak tak nak , kene jugak pergi sekolah sebab ade subject ADDMATH . Sampai sekolah je terus menuju ke dewan terbuka and korang tahu tak macam mane suasana dewan terbuka tu bila time hujan macam ni ? macam  pelarian kot . Bukan apa , semua melonggok satu tempat and mulut bercakap tanpa henti . Bila dah jumpa sasaran pagi-pagi , apa lagi , borak-borak untuk hilangkan mengantuk la . Macam sekolah lain juga , if hujan memang tak akan ada perhimpunan , so , semua dibenarkan masuk ke kelas kecuali mira , sebab dah mira ketua tingkatan kene la ambil buku pink and kunci kelas , kalau tidak macam mane nak masuk kelas right ? Lepas dah ambil kunci tu , apa lagi , ambil kesempatan la , mira saja ikut jalan jauh , biar yang lain tertuunggu-tunggu mira untuk buka pintu . macam yang aku dah agak , dalam kelas ni la yang terjadi kat mira .
Nasib baik la da ceramah yang menyelamatkan mira , kalau tidak mahu satu hari tu aku tidur je dalam kelas . tadi ada ceramah dari Seremban datang sekolah mira and dia bebel pasal kerjaya AVIATION . Akhirnya , ada jugak yang faham kehendak hati mira . korang tahu tak kenapa mira cakap macam ni ? sebenarnya , ni la cita-cita mira , best tau . Aviation ni ada tiga , first , AEROSPACE TECHNICIAN , second , PILOT , third , FLIGHT ATTENDANT . mira tahu mesti antara korang semua ramai yang nak jadi second and third tu kan ? tapi cita-cita mira yang pertama tu iaitu AEROSPACE TECHNICIANS . Actually , mira memang minat benda-benda macam ni dari kecil lagi , cuma tak dapat izin dari mama je , but now , mama dah kasi and mama cakap "yang penting kene buktikan kat mama 9A's first " Pergh ! InsyaALLAH mira akan dapat kan 9A's tu . Mase ceramah tu ramai kawan-kawan yang tidur sebab bukan pilihan diorang , tapi bagi mira memang satu pengalaman bermakna untuk mira . so , insyaALLAH , satu hari nanti mira akan jadi AEROSPACE TECHNICIANS yang berjaya ( boleh beat abang saudaraku ) Sebenarnya kerja ni bukan senang tau , contoh nye habis SPM , aku sambung diploma 3 tahun and lepas tu mohon masuk situ , kalau bidang ni , nak tentukan siapa pro or tidak with lesen , untuk dapat kan lesen tu , atleast kene ada 5 tahun pengalaman kerja , and kita kene ambil test and kene lulus 13 module , then baru boleh dapat basic lesen . so , untuk jadi pro lebih kurang dalam umur aku 26 tahun , so , lepas 26 baru boleh fikir pasal kahwin . Nanti macam ni la mira satu hari nanti .
Dalam pukul 3 petang tadi ade perjumpaan kelab and cuba teka mira kelab apa ? mira kelab KHB . Mira sorang je girl form 5 dalam tu tau , mula-mula tu ingat borink tapi nasib baik la adik-adik tu sporting sangat , and pengerusi aku macam orang GILA kan , semua macam mental breakdown la . penat melayan diorang tadi . Tadi masa perjumpaan tu kitorang bincang BAKAS yang akan datang and kelab mira masuk KOIR , so , tadi memekak la kejap dengan lagu satu bangsa satu malaysia and nyalakan tekad , yang tak best nye boleh boleh hantu gigi suruh mira jadi leader ? adoi ! harap-harap suara ada la time tu . 

ok la , sampai sini dulu mira cerita ok ? and entry baru bakal menjelang tapi tak tahu lagi bila nak publish sebab entry BAHAYA tu , so, kalau nak tau kene la TUNGGU & STAY AT THIS BLOG :)

sebelum tekan exit , kalau blog MAS AHMAD SAFWAN ada nota kaki , blog ATOK pulak ada PESAN ATOK :)

PESAN ATOK
walaupun kita dah pandai akademik , tapi kene ingat bahawa 10% untuk lanjut kan pelajaran diambil daripada kokorikulum . so , rajin-rajin la korang semua mengaktifkan diri anda semua :)

terima kasih membaca , komen pulak jom ?

4 00 cucu kene bebel:

Mas Ahmad Safwan said...

.update jugak blog dia ( :

mirahashime said...

hehe..update la...blog personal ditinggalkan blog nie pulak dilayan..hehe :D

acan ketot said...

ahaa..
nice.. gud luck ntok ur dreams..

mirahashime said...

tq dear acan :) btw , baru dapat restu untuk lebih dalami bidang tu :)

© MIRAHASHIME ♥