Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel Tutorial

Thursday, January 6, 2011

My Dreams “Love Story”

salam semua..
gila gentang beb..
CST PRODUCTION wat contest tu..
korang x kenal sape yang atok cakap kan nie?
memang KETINGGALAN ZAMAN larh korang nie...
:k:

korang nak tau tak apa hadiah yang bakal dimenangi jika kita join contest nie?
tak tahu?
mai sini atok bagi tahu korang...

HADIAH-HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI(gempak tu)
- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc… )
- 1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.
- Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 sahaja.
- Hadiah boleh di tukar milik.

nie macam blog pilihan malaysia jugak tau..
ingat tak?
yang nie pon ade VOTE jugak...
bila?
6 Jan – 20 Jan 2011 (Penyertaan)
- 21 Jan – 31 Jan (Online Voting)
atok harap korang masih nak undi atok...
dah tahu kan hadiah-hadiah yang bakal atok dapat(perasan lebih)
gila kan?
umur baru 17 nak hadiah macam tu...
kesah pulak atok...
HAHAHAHA

sebelom mulakan.contest ni ada tajuk tau.apa dia?
1) My Dreams “Wedding”. (anda boleh ceritakan konsep wedding yang anda impikan)
2) My Dreams “Love Story”. (anda boleh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impikan / kisah benar anda.
jadi,atok dah buat keputusan atok nk pilih no 2 iaitu MY DREAMS "LOVE STORY".kalau atok pilih no 1 nanti ramai yang terkejut tarzan pulak kan?so atok pilih la no 2.
nak dengar cerita atok?jom...

emoticon31
"..sesungguhnya cinta yang papa inginkan bukan lah dari paras rupa atau pun harta benda,tetapi keikhlasan mama yang papa inginkan.."



masih terngiang-ngiang lagi suara papa di hati mama..

itu lah ungkapan yang sering papa ungkapkan kepada ku..

papa adalah seorang lelaki yang telah menambat hati kecilku ini..

walaupun hanya dengan seungkap kata-kata..

sudah cukup untuk membuatkan hati kecilku ini ketawa riang..



jika ditanyakan cinta yang bagaimanakah menjadi impian korang?

aku yakin..

terlalu banyak jawapan yang akan diberi..

tetapi,

jika ditanyakan kepada ku..

ini lah yang aku jawab..



papa : kenapa mama pilih papa?

mama : kenapa papa selalu tanya soalan macam tu?papa tak sayang mama ke?

papa : bukan macam tu sayang,papa selalu sayang kan mama..cuma papa pelik,kenapa dalam berjuta-juta lelaki..papa yang mama pilih..?

mama : itu makna nya Allah nak mama dengan papa(sambil tersenyum)

papa : mama!papa tanya betul-betul kan?

mama : ok ok..mama minta maaf..papa nak tahu kenapa mama pilih papa?mama pilih papa kerana mama tahu papa dapat berikan mama kebahagiaan yang selama ni mama cari daripada seorang lelaki.bukan itu sahaja,mama juga tahu yang papa dapat bimbing mama ke jalan yang di redhai-Nya.selain itu,mama pilih papa kerana hanya papa yang dapat memahami kehendak hati mama.ok papa?



itu lah yang sering papa tanyakan kepada aku walaupun sudah beribu kali aku menjawabnya.

namun,atas sebab sayang,aku tidak pernah marah papa walaupun papa sudah melakukan kesalahan yang paling besar..

satu hari,

dengan secara tidak sengaja,

aku terserampak dengan papa..

seperti biasa,

hati ku berdegup laju tapi kali ini bukan seperti biasa..

betapa hancur nya hati aku melihat tangan yang sering aku genggam kini di genggam oleh wanita lain..

pada saat itu,

hanya Allah yang tahu betapa sakit nya hati ini..

dengan kekuatan yang terdapat pada diriku,

aku memberanikan diri untuk pergi menyapa papa..

betul!

apa yang aku takutkan selama ini sudah pun terjadi..

papa malah tidak mengakui aku ini girlfriend nya..

bagi wanita lain mungkin aku bodoh kerana terlalu sayang kan papa..

tapi apa kan daya..

hati ini terlalu lemah jika ditinggalkan oleh papa..

selepas daripada situasi itu,

papa mencari ku semula atas alasan merindui aku..

betapa bahagianya aku di saat itu..

namun,

kebahagiaan yang dimiliki tidak berpanjangan..

papa mengulangi kesilapan nye yang dahulu..

kali ini,

hati aku benar-benar hancur!

tiada lagi ruang untuk mu papa..

aku membawa diri ku ke perantauan untuk menenangkan fikiranku yang sudah cukup serabut bagi aku..

walaupun begitu,

papa masih mencari aku..

maaf pa..

kali ini,hati mama benar-benar tertutop buat papa..



hari ini 8/9 genap setahun aku menjauhkan diri dari papa..

aku rasa aku sudah cukup kuat untuk pulang ke pangkuan keluarga ku..

setibanya aku di pangkuan keluarga ku,

lain yang aku harapkan , lain yang aku dapat..

menagis air mata darah sekalipun tak akan pernah dapat merubah berita yang aku dapat kali ini..

aku benar-benar terkejut..

"along,abg dah tak ade.abang dah pergi tinggalkan kita"

saat itu,

baru aku sedar bahawa hati kecil ini masih memerlukan seseorang yang pernah dipanggil PAPA..

"papa,mama rindu sangat papa.."

setiap hari aku akan melawat kubur papa tanpa rasa jemu..

begitulah rutin harian ku selepas pemergian papa..

tiada lagi soalan2 yang hendak ditanyakan kepada ku..

tiada lagi kata-kata cinta kepada ku..

tiada lagi ucapan sweet dreams..

tiada lagi ucapan i love you..

dan yang paling penting..

tiada lagi orang yang akan aku panggil PAPA..



hari ini,

genap 3 tahun hidup aku tanpa papa..

kenapa?

hati ini tidak dapat menerima sesiapa selain papa..

bagi aku..

cinta dan kasih sayang yang papa beri tiada tandingan nya..

dan jika ditanyakan kepada aku,bagaimana cinta impian korang..

aku akan menjawab..

cinta impian aku ialah cinta yang kekal selamanya..

salam~

kisah ini mungkin tidak sesedih kisah orang lain..

tetapi,

bagi aku..

kehilangan papa sudah cukup membuat hidup aku derita..

emoticon31

selamat membaca semua..
:i:

terima kasih membaca , komen pulak jom ?

1 00 cucu kene bebel:

Alia Azmi ◕‿◕ said...

huwaaa , sedih bce . niehh rekaan ke hape niehh ? T.T isk isk

© MIRAHASHIME ♥