Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel Tutorial

Thursday, January 7, 2016

Teringin

Hye and assalamualaikum semua. Cehh macam ade je lagi yang baca blog ni. Tak pe la, ade ke takd e ke, tak penting. Aku tetap nak update sebab tetiba rindu nak menulis. Lama betul aku tinggalkan zaman menulis ni. Hahahah. Mana taknya, banyak dok lepaskan kat twitter je sekarang, Sorry blog, bukan dah tawar hati, tapi masa tak mengizikan. So, kita nak tulis pasal ape? (Tak sedar diri namanya, esok ade paper still tak belajar) Owh tadi terbaca satu blog ni and you know what, terasa everything dalam blog tu tuju ke aku. Well, we all have someone that we always going to miss them. Same goes to me. I have one in my mind right now. Fyi, I'm happy with all the people that exist and still stay with me till now. Tahun 2015 banyak sangat ubah aku. Bukan takat ubah plot jalan hidup aku, semua la, Habis plot twist terus. HAHAHA. But still I'm okay with it. Okay la, macam dah tak tahu dah nak tulis ape. Nanti kita tulis tulis lagi okay bila agak agak rindu la. Bye bye.
terima kasih membaca , komen pulak jom ?

Monday, August 17, 2015

Senyum

Senyum? ada ape dengan senyum? Aku selalu pesan pada diri sendiri, besar mana pon halangan yang sedang ditempuh, Jangan pernah untuk ukir senyuman pada bibir. Kenapa? sebab orang sekeliling tak patut diberi hukuman hanya keran seorang yang buat kita bersedih, Orang sekeliling patut dapat senyuman tu. Biar kan orang berkata, kerana kita tak kan pernah mampu untuk tutup mulut orang orang yang sentiasa tak pernah puas dengan kita, Tunjukkan pada mereka bahawa kita juga mampu berdiri walaupun dah ditolak berjuta kali sekali pon, kita masih mampu berdiri dan berjaya. Ingat, Allah tak kan pernah uji hambaNya melebihi kemampuan kita. Allah Maha Mengetahui. Kita hanya pelakon dalam cerita ni. Jalan cerita, watak utama, watak sampingan, semua dah diaturkan sebaik baiknya oleh Allah SWT. Jangan pernah mengluh dengan setiap ujian yang kita hadapi. Kuatkan iman, kuatkan hati. Bak kata bebudak sekarang #kipidap #dongibap HAHAHA. Okay la, ada masa mira update lagi ye? 




p/s : xoxo 

terima kasih membaca , komen pulak jom ?

No Title

Assalamualaikum and hye semua. Rasa macam lama sangat mira tinggalkan blog ni kan? Bukan rasa, memang lama nau nau nau mira tinggalkan. Last entry pon tahun lepas. Bukan dah tak minat berblogging but masa and line internet yang tak mengizinkan. Ye la, mira pon sekarang study kat dalam area felda. So faham faham la kan line internet nya macam mana. Ni pon tengah cuti sem and terasa rindu sangat nak update blog. Lama sangat dah terbiar blog ni berhabuk macam tak berpenghuni. Lagi pon dunia sekarang ni, ada lagi ke yang masih membaca blog? rasa macam dah tak ada je kan. Okay post kali ni more pada kawan. Kawan yang mira rindu sangat. Tak tahu kenapa, sepanjang perkenalan, banyak betul dugaan yang kene hadap. Sebenarnya dia antara kawan pertama yang mira rapat sangat and mira sayang sangat, Ye la, mira ni susah nak ada kawan perempuan. Time matrik baru la dapat kawan perempuan yang mira rapat and sayang, Nak dijadikan cerita, muncul la seorang hamba Allah ni dalam persahabatan kitorang. Mulanya mira ingat munculnya dia, sebagai kawan. Tapi mira silap. Hadirnya dia sebagai perosak antara aku dan kawan aku tu. Bersungguh sungguh hamba Allah tu untuk hancurkan aku dengan kawan aku tu. Jujur aku kata, aku sayang kawan aku tu, so susah untuk aku lupakan macam tu je, Tapi perancangan Allah tu hebat. Sekelip mata Allah tunjukkan semuanya, Allah tunjukkan side jahat seseorang tu dan kembalikan kawan aku yang aku sayang, Betul kata orang, sebaik baik perancangan, tiada yg sebaik perancangan Allah SWT. Untuk kawan yang aku sayang, aku rindu nak peluk kau, Rindu nak datang ke kau and bercerita about everything that happen in our life. Aku rindu sangat. Aku happy sangat akhirnya kita dapat jadi seperti kita yang dulu balik, Moga persahabatan kita kekal selamanya, Aminn. I love you N.I.I :)
terima kasih membaca , komen pulak jom ?

© MIRAHASHIME ♥